Sejarah operasi Westland_WAH-64_Apache

Helikopter Apache AH1 akan mengantikan penggunaan helikopter anti kereta kebal, Westland Lynx AH7 dalam Kor Udara Tentera Darat British. Helikopter-helikopter ini akan dioperasikan oleh dua rejimen Kor Udara iaitu Rejimen ke-3 dan Rejimen ke-4 sebagai sebahagian daripada Briged ke-16 (Serbuan Udara) Brigade. Apache juga akan digunakan dalam serangan sepertimana helikopter Apache dalam perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat. Helikopter Apache A.S telah digunakan dalam serangan pada malam pertama semasa Perang Teluk pada 1991, dan berjaya memusnahkan pusat-pusat pertahanan udara utama. Misi lain adalah pengawasan bersenjata. Sepertimana helikopter AH-64D Apache Longbow milik A.S; Westland Apache memiliki radar kawalan tembakan dan Radar Frequency Interferometer (RFI), yang mana menyediakan sistem serangan dan pengawasan yang bersepadu. Radar 'Longbow’ adalah merupakan satu unit berbentuk bebawang yang terletak di atas pemasangan hub rotor.[4]

Operasi pertama helikopter Apache apabila terlibat di Afghanistan. Pada 22 Mei, 2006, helikopter Apache UK yang beroperasi di selatan Afghanistan iaitu wilayah Helmand telah melepaskan peluru berpandu Hellfire untuk memusnahkan kenderaan berperisai milik Perancis yang tersadai ekoran pertempuran pada hari sebelumnya, setelah usaha untuk mengambil balik kenderaan ini berbahaya. Ini merupakan "pembunuhan" pertama oleh Apache UK dalam kawasan yang bergolak. Sehingga Februari 2007, lapan buah helikopter WAH-64 Apache telah berada di Afghanistan.[5] Helikopter-helikopter ini diambil dari Skuadron No. 656 dan Skuadron No. 664, Kor Udara Tentera Darat British yang berpangkalan di Tentera Udara Diraja Dishforth, yang mana mendapat gilirannya bagi atur gerak selama tiga bulan.[6]

Pada 13 Januari 2007, aggota tentera British seramai 200 orang yang diketuai oleh Marin Diraja, telah melancarkan serangan ke kubu kuat Taliban di selatan wilayah Helmand.[7] Selepas beberapa jam bertempur, pasukan Marin berkumpul kembali dan menyedari bahawa Lans Korporal Mathew Ford dari Komando 45 Marin Diraja telah hilang. Satu misi menyelamat dilancarkan bagi mendapat kembali Lans Korporal Ford dengan menggunakan sukarelawan-sukarlawan Marin Diraja dan Jurutera Diraja dengan mengikat mereka di bawah sayap dua helikopter Apache. Helikopter ini tidak boleh terbang lebih dari 50 bsj bagi menjaga keselamatan para penumpang tambahan yang dibawanya daripada daya tujahan ke bawah yang dihasilkan oleh bilah-bilah rotor.[8] Helikopter Apache ditembak bertalu-talu semasa mendarat, dan empat orang anggota marin kemudian keluar dan berjaya mendapat kembali mayat Lans Korporal Ford. Mayat Ford diterbangkan menggunakan cara-cara yang sama digunakan oleh anggota-anggota main. Helikopter Apache ketiga berlegar-legar di udara bagi memberi tembakan bantuan. Tiada seorang pun para penyelamat yang tercedera yang misi ini dan kemudian telah dikagumi kerana keberanian mereka.[9][10]

Tidak seperti helikopter Apache milik A.S di Afghanistan, WAH-64 telah diatur gerak bersama-sama Radar Kawalan Tembakan Longbow, membolehkan juruterbang helikopter ini menguruskan trafik di ruang udara dengan lebih baik.[11]

Rujukan

WikiPedia: Westland_WAH-64_Apache http://www.agustawestland.com/communication_det.ph... http://www.army-technology.com/projects/apache/ind... http://www.ddn.com/cgi/rw/show_mag.cgi?pub=rw&mon=... http://www.defenseindustrydaily.com/afghan-field-r... http://www.leonardocompany.com/-/apache-ah-mk1 http://www.vectorsite.net/avah64.html#m5 http://www.armedforces.co.uk/army/listings/l0054.h... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/2379501.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/3279163.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/6269613.stm